Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Selamat bertemu kembali kawan-kawan lama. Tiba-tiba hari ini saya mendapat panggilan talifon dari Sdr.Rahim Omar. Beliau memberitahu yang buat masa ini beliau sedang mengumpulkan data-data kawan-kawan lama yang bersekolah di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan ( Gandhi ) dan juga Sekolah Menengah Tok Perdana, Sitiawan. Dan saya mengatakan kepada beliau yang itu adalah satu idea yang baik.
Sdr.Rahim ada juga menghantar gambar-gambar lama yang mana sehingga sekarang beliau masih lagi menyimpannya. Terimakasih Rahim. Sayu rasa hati apabila melihat gambar-gambar itu apabila mengingatkan kawan-kawan semua. Gambar yang sudah berumur lebih kurang 30 tahun. Dan terdetik pula rasa hati untuk bagaimana cara yang paling senang untuk kita berinteraksi semula untuk mengukuhkan tali sirotulrahim sesama kita. Mungkin dengan adanya blog ini diharap kawan-kawan semua berhubung semula sesama kita. Mungkin satu hari nanti kita semua dapat berkumpul di Sitiawan dan bertemu sesama kita.
Diharap kawan-kawan semua dapat menghubungi Sdr.Rahim ataupun saya untuk meng-update data kawan-kawan melalui blog ini. Selamat bertemu semula selepas lebih 30 tahun.
Sekian. Terima kasih.
Shahidan Abdul Latif
JVC Malaysia.
Shah Alam.